Melalui kajian ini,kami dapat:
1.Menjelaskan sejarah Kesultanan Melayu Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah Kesultanan Melayu tertua dalam sejarah Malaysia.Beberapa buah kerajaan lain di Tanah Melayu telah wujud zaman pra-Islam lagi seperti kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Perak.Namun kajian terhadap kerajaan-kerajaan ini tidak begitu mendalam berbanding dengan Melaka kerana kekurangan rekod dan bukti.Dalam kajian sejarah terdahulu,pergerakan Parameswara sebelum mengasaskan Melaka bermula daripada Palembang,kemudian Temasik,seterusnya Muar dan akhir sekali barulah Melaka. Parameswara menamakan kawasan tersebut sebagai Melaka bersempena nama sebatang pohon bernama ‘Malaka’. Selepas itu Melaka berkembang dikenali sebagai pusat perdagangan yang termasyhur di dunia pada abad ke-15.
Apabila membuka petempatan di Melaka,Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa.Namun,Negara China masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat.Justeru,sesebuah kerajaan dianggao beruntung sekiranya mendapat pengiktirafan daripada Maharaja China.Pada tahun 1405,utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke Negara China.Kedauatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan pemerintahannya (Parameswara) ditabalkan sebagai raja.Seterusnya pada tahun 1409,Laksamana Cheng Ho dari negara China telah menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja di samping sebuah prasasti kepada Parameswara.Melaka merupakan kerajaan pertama di Asia yang menerima penghormatan ini .Hubungan baik dengan Negara China dan pengiktirafan yang diberikan tersebut memberikan peluang kepada Melaka untuk mengukuhkan kedudukan dan prestijnya.Melaka juga mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dengan China.Oleh itu,Melaka terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit yang menjadi seteru pada ketika itu ekoran perlindungan daripada kerajaan China.Melalui pemahaman terhadap bentuk pemerintahan awal di Melaka ,kita dapat menggambarkan sistem pemerintahan pada hari ini yang masih diamalkan dalam sistem beraja negara.Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan awal di Melaka ialah raja atau ‘Yang di-Pertuan’.Melaka telah diperintah oleh 9 orang raja yang bergelar sultan.
Kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan,ketenteraan,kawalan jajahan dan undang-undang.Melaka pernah menjadi pusat perdagangan dunia.Hal ini kerana,kedudukannya yang strategik dan menjadi pusat pertembungan semua saudagar dari Timur dan Barat,misalnya dari negara China ,India Timur Tengah ,Asia Timur dan Kepulauan Melayu.Selain itu, kegiatan perdagangan yang pesat turut menggalakkan penyebaran agama Islam di Melaka dan Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam.Melaka juga berkembang sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak istana.
2. Menghuraikan sejauh mana pengaruh kesultanan Melayu Melaka terhadap negeri Perak dan Pahang.
Bagi negeri Perak, pengasas Kesultanan Perak adalah dari Kesultanan Melaka.Apabila Melaka diserang Portugis pada tahun 1511,Sultan Mahmud dan anakanda baginda,Sultan Ahmad telah berundur ke Johor dan bergerak ke beberapa buah tapak dalam usaha untuk merampas semula kota Melaka di samping mengelakkan diri daripada serangan balas oleh Portugis.Ketika di Bentan dan bersemayam di Kopak,Sultan Ahmad mangkat.Kemangkatan babginda menyebabkan Sultan Mahmud melantik puteranya,iaitu Raja Muzaffar dengan puteri Kelantan iaitu Puteri Onang Kening sebagai ‘Raja Muda’.Biarpun begitu,apabila isterinya Raja Fatimah pula melahirkan putera,kedudukan Raja Muzaffar ditarik balik dan Sultan Mahmud melantik pula putera baharnya Raja Ali sebagai ‘Sultan Muda’.Justeru ,apabila Sultan Mahmud mangkat pada tahun 1528 di Kampar.Raja Ali telah ditabalkan sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah.Raja Muzaffar yang berkecil hati dengan peristiwa ini,kemudiannya membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama bergelar Sultan Syah.
Pada abad ke-16,keluarga pemerintah Perak berketurunan Sultan Mahmud Syah Melaka.Keluarga ini bertahan dalam kerajaan Perak sehinggalah abad-17 apabila keluarga baharu muncul dari Pahang dan memerintah Perak.Peralihan tampuk pemerintahan ini berlaku kerana campur tangan pemerintah Aceh,iaitu Sultan Iskandar Muda Thani.Pada zaman pemerintahan baginda di Aceh,Perak menjadi salah sebuah negeri yang tunduk di bawak kekuasaannya.Oleh itu,baginda telah melantik saudara sepupunya daripada keturunan Kesultanan Melaka –Pahang bernama Raja Sulong sebagai Sultan Perak yang baharu .Beliau digelar Sultan Muzaffar Syah II.Walaupun Raja Sulong dan keluarganya menjadi keluarga pemerintah baharu di Perak,sebenarnya keluarga ini turut mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melaka.
Bagi negeri Pahang pula,pengasasan Kesultanan Pahang pada abad ke-15 juga bermula dari Kesultanan Melaka. Sulalatus Salatin semasa pemerintahan Melaka oleh Sultan Mansur Syah,putera baginda ,iaitu Raja Muhammad telah membunuh putera Bendahara,iaitu Tun Besar kerana pemain sepak raga dan bolanya telah terkena destar baginda.Oleh itu,untuk membalas perbuatannya yang zalim,Sultan Mansur telah menitahkan Raja Muhammad dibuang dari Melaka dan dirajakan di Pahang.Maka,baginda menjadi SultanPahang yang pertama bergelar Sultan Muhammad Syah.Baginda kemudiannya mengahwini puteri Raja Kelantan bernama Mengindera Puteri dan memperoleh 3 orang putera iaitu Raja Jamil,Raja Ahmad dan Raja Mahmud.Sehingga awal abad ke-17,keturunan baginda (Sultan Muhammad) yang menjadi pemerintah Pahang.Seterusnya,keturunan baginda yang memerintah Pahang berakhir pada tahun 1614 apabila Raja Muda Abdullah putera kepada Sultan Abdul Ghafur mangkat pada tahun tersebut.Implikasinya,takhta Pahang diambil alih oleh keluarga Kesultanan Melaka-Johor ,iaitu Raja Bujang.
Pelantikan Raja Bujang telah memulakan dinasti baharu di Pahang,iaitu daripada jurai keturunan Kesultanan Melaka-Johor dan menamatkan pemerintahan keluarga keturunan Sultan Muhammad.Rombakan dan konflk berlaku sekali lagi apabila kerajaan Aceh menyerang Pahang pada tahun 1615 dan 1617 hingga menyebabkan wilayah Pekan musnah,Hal ini kerana ,Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam tidak bersetuju dengan pelantikan Raja Bujang di Pahang(ketidakpuasan hati ini berlaku kerana Aceh sebenarnya tidak bersetuju dengan kerajaan Johor yang mengadakan pakatan dengan Belanda ).Oleh itu,Pahang duduk dibawah naungan Aceh dan Raja Bujang berundur ke Johor.Aceh pula menyerang Johor pada tahun 1623.Namun kali ini ,Sultan Iskandar Muda telah menabalkan Raja Bujang sebagai Sultan Johor yang digelar Sultan Abdul Jalil Syah III sekaligus sebagai Sultan Pahang.Pelantikan Raja Bujang telah menamatkan kewujudan pemerintah sendiri bagi negeri Pahang kerana Raja Bujang kini menjadi raja bagi 2 buah negeri sekaligus,iaitu Johor dan Pahang.Kesudahannya,Dinasti Bendahara Johor di Pahang yang mengasaskan Kesultanan Pahang ialah Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad.Beliau menggunakan gelaran sultan mulai tahun 1882.Baginda hanya ditabalkan sebagai Sultan Pahang pada 12 Disember 1884 dengan gelaran Sultan Ahmad Al-Muazzam Syah dan kemudiannya diiktiraf oleh British pada tahun 1887.Dengan pengisytiharan rasmi penggunaan gelaran sultan ini, muncullah sebuah keluarga kesultanan baharu di Pahang yang kekal sehingga hari ini
Very nice
ReplyDelete