Thursday, 1 October 2015
LATAR BELAKANG
Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia. Beberapa buah kerajaan lain di Tanah Melayu telah wujud zaman pra-Islam lagi seperti kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Perak. Namun, kajian terhadap kerajaan-kerajaan ini tidak begitu mendalam berbanding dengan Melaka kerana kekurangan rekod dan bukti.Selain Tanah Melayu, kepulauan Asia Tenggara juga telah melihat kemunculan beberapa buah kerajaan agung lain sebekum Melaka seperti kerajaan Funan, Sriwijaya dan Majapahit. Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara. Kerajaan ini muncul antara abad ke-7 hingga ke-13 Masihi. Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan maritim dan mengendalikan perdagangan dengan India, Asia Barat dan China serta kawasan-kawasan pedalaman negerinya sendiri. Dari segi agama, kerajaan ini merupakan pusat anutan dan penyebaran agama Hindu-Buddha serta pengajian bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu yang dikenali sebagai ‘Bahasa Melayu Kuno’ juga berkembang dan dipraktikkan dengan meluas pada zaman ini. Perkembangan politik Melaka pada Tahap Awal bermula apabila membuka petempatan di Melaka, Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka mulcul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa. Namun, Negara China masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat. Justeru, sesebuah kerajaan dianggap beruntung sekiranya mendapat pengiktirafan daripada Maharaja China. Melaka bernasib baik kerana pada tahun 1403, seorang duta telah tiba dari Negara China, iaitu Yin Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara. Situasi ini membuktikan pengiktirafan negara China terhadap Melaka. Maharaja Yung Lo, iaitu maharaja negara China dari Dinasti Ming pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar-saudagar yang dating dari Timur Tengah seperti Arab dan Parsi Pada tahun 1405, utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China, Kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan pemerintahnya (Parameswara) ditabalkan sebagai raja. Seterusnya, pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho dari negara China telah menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja di samping sebuah prasasti kepada Parameswara. Melaka merupakan kerajaan pertama di Asia yang menerima penghormantan ini. Hubungan baik dengan negara China dan pengiktirafan yang diberikan tersebut memberikan peluang kepada Melaka untuk mengukuhkan kedudukan dan prestijnya. Selain pengiktirafan,Melaka juga mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dengan China. Oleh itu,Melaka terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit yang menjadi seteru pada ketika itu ekoran perlindungan daripada kerajaan China
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment