Thursday, 1 October 2015

LATAR BELAKANG

Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia. Beberapa buah kerajaan lain di Tanah Melayu telah wujud zaman pra-Islam lagi seperti kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Perak. Namunkajian terhadap kerajaan-kerajaan ini tidak begitu mendalam berbanding dengan Melaka kerana kekurangan rekod dan bukti.Selain Tanah Melayukepulauan Asia Tenggara juga telah melihat kemunculan beberapa buah kerajaan agung lain sebekum Melaka seperti kerajaan FunanSriwijaya dan MajapahitKesultanan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara. Kerajaan ini muncul antara abad ke-7 hingga ke-13 MasihiSriwijaya merupakan sebuah kerajaan maritim dan mengendalikan perdagangan dengan India, Asia Barat dan China serta kawasan-kawasan pedalaman negerinya sendiri. Dari segi agama, kerajaan ini merupakan pusat anutan dan penyebaran agama Hindu-Buddha serta pengajian bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu yang dikenali sebagai ‘Bahasa Melayu Kuno’ juga berkembang dan dipraktikkan dengan meluas pada zaman iniPerkembangan politik Melaka pada Tahap Awal bermula apabila membuka petempatan di Melaka, Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka mulcul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsaNamun, Negara China masih merupakan kuasa perdagangan yang kuatJusterusesebuah kerajaan dianggap beruntung sekiranya mendapat pengiktirafan daripada Maharaja China. Melaka bernasib baik kerana pada tahun 1403, seorang duta telah tiba dari Negara China, iaitu Yin Ching yang membawa hadiah untuk ParameswaraSituasi ini membuktikan pengiktirafan negara China terhadap Melaka. Maharaja Yung Lo, iaitu maharaja negara China dari Dinasti Ming pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar-saudagar yang dating dari Timur Tengah seperti Arab dan Parsi Pada tahun 1405, utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China, Kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan pemerintahnya (Parameswaraditabalkan sebagai raja. Seterusnyapada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho dari negara China telah menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja di samping sebuah prasasti kepada Parameswara. Melaka merupakan kerajaan pertama di Asia yang menerima penghormantan iniHubungan baik dengan negara China dan pengiktirafan yang diberikan tersebut memberikan peluang kepada Melaka untuk mengukuhkan kedudukan dan prestijnyaSelain pengiktirafan,Melaka juga mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dengan China. Oleh itu,Melaka terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit yang menjadi seteru pada ketika itu ekoran perlindungan daripada kerajaan China

PERYATAAN MASALAH

Apakah faktor kemunduran kerajaan kesultanan Melayu Melaka keatas negeri Perak dan Pahang?

Faktor Dalaman :

1.Kelemahan pemerintah pemimpin
2.Kelemahan sistem pertahanan
3.Kurangnya perpaduan rakyat Melaka
4.Sikap pembesar yang tidak adil
5.Pegangan agama yang lemah

Faktor Luaran :

Penemuan tanjung pengharapan
Pengkhianatan dalam kalangan pembesar
Perisikan dan intipan yang dilakukan oleh pihak portugis
Portugis menyerang melaka pada tahun 1509 dan 1511.

PERSOALAN KAJIAN

1.Bagaimanakah wujudnya asal usul kesultanan Melayu serta 

bagaimana ia terbentuk?

    Di dalam kajian sejarah terdahulu, Melaka diasaskan pada awal abad ke-15.Pada tahun 1391,kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit(sebuah kerajaan pedalaman di Jawa).Hal ini menyebabkan putera raja Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri hingga ke Temasik(Singapura) .Pada waktu itu,Singapura telah pun mempunyai politik tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan Ayudhya,Siam.Pemerintahan atau penguasa tempatannya bernama Sang Aji Singapura iaitu menantu kepada Raja Siam sendiri.Setelah menewaskan penguasa pulau tersebut,Parameswara telah bertakhta di Singapura.Namun pada tahun  1398,Ayudhya telah membuat serangan balas  ke atas Singapura.Kemudian,Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri ke Semenanjung Tanah Melayu.Pada mulanya baginda bertapak di Muar,seerusnya di Sening Hujung,Berta dan akhirnya di Melaka sekitar tahun 1400.Namun begitu,di dalam kajian yang mutakhir,terdapat sarjana yang mengemukakan bahawa Kerajaan Melaka itu diasaskan pada tahun 1262.Tarikh baru ini lahir ekoran kajian yang mendalam terhadap naskhah Melayu agung iaitu Sulalatus Salatin (edisi Raffles,MS18).





    Walaubagaimanapun,ketika Parameswara sampai di Melaka,di 
situ telah pun wujud sebuah perkampungan nelayan.Parameswara menamakan kawasan tersebut Melaka,iaitu bersempena dengan nama sebatang pohon  yang bernama ‘Malaka’.Terdapat juga beberapa  pandangan lain yang mengatakan bahawa nama Melaka berasal daripada istilah bahasa Arab,iaitu Malaqat yang bermaksud ‘tempat perlindungan’ sebagai simbolik kepada tapak perlindungan Parameswara dan para pengikutnya ,Bermula  daripada baginda hingga kepada waris-warisnya,Melaka berkembang dan kemudiannya menjadi pusat perdagangan yang termasyhur di dunia terutama pada abad ke-15.


2.Apakah faktor kegemilangan Melaka?

    Faktor-faktor kegemilangan Melaka ialah kedudukan geografinya
 yang terletak  di tengah-tengah jalan laut perdagangan 
antarabangsa dan sekali gus berperanan sebagai penyambung pasaran perdagangan utama dunia waktu itu,iaitu di antara benua India dengan benua China.Pelabuhan Melaka memiliki kelebihan dari segi kedudukan ‘di pertemuan angin monsun’,iaitu pertembungan dua angin monsun utama yang membantu pelayaran,iaitu Angin Monsun Timur Laut yang bertiup pada bulan November hingga Mac dan Angin Monsun Barat Daya yang bertiup pada bulan April hingga Oktober.Kedudukan Melaka di Selat Melaka menjadi satu kelebihan kerana selat ialah sebuah lorong sempit yang mesti dilalui oleh semua pedagang  untuk ke mana mana destinasi.Lorong yang sempit menjadikan daratannya berpotensi besar untuk disinggahi.Kelebihan ini ditambah pula dengan kedudukan Selat Melaka yang strategik kepada kapal-kapal kerana terlindung daripada tiupan angin kencang.Kemasyuran perdagangan Melaka juga dipengaruhi oleh kekayaan sumber asli persekitarannya.Sumber ini meliputi hasil-hasil hutan seperti kayu-kayan yang berpotensi dalam penghasilan kayu wangi,damar dan rotan.

      Selain itu,orang Melayu pesisir(di sepanjang sungai dan pantai 
Melaka) memainkan peranan penting sebagai penjual  dan pengedar hasil-hasil hutan ,manakala pengumpulan hasil hutan sebenarnya dilakukan oleh masyarakat orang Asli yang telah mendiami kawasan pedalaman sejak zaman prasejarah lagi.Kelompok ini berkemahiran mengenal pasti jenis-jenis tumbuhan,akar-akar kayu seperti kayu gaharu wangi dan kayu barus yang bermutu ataupun yang rosak.Mereka berperanan membawa hasil-hasil hutan ke pantai,pinggir sungai dan kawasan penempatan kampung Melayu di Melaka dengan menggunakan jalan sungai.Kemudian, pelabuhan Melaka juga menikmati kelebihan kerana Semenanjung Tanah Melayu kaya dengan sumber galian,khasnya emas.Tempat perlombongan emas yang banyak telah menjadikan Semenanjung Tanah Melayu mahsyur pada masa dahulu.Selain emas,bijih timah juga telah diusahakan semenjak awal Masihi lagi.Terdapat kawasan lombong timah yang banyak di Semenanjung Tanah Melayu.Manakala,di pesisiran pantai Melaka terdapat deretan hutan bakau.Daun nipah digunakan untuk menganyam tikar dan atap.Nira nipah pula digunakan untuk membuat minuman arak,manakala kayu bakau dijadikan kayu api.Akhir sekali,kedudukan geografi Semenanjung Tanah Melayu yang terlindung oleh Pulau Sumatera menggalakkan pertumbuhan hasil laut.Sebagai contoh,siput kerang dan tiram mutiara mudah didapati di sini,sehinggakan kulit atau cengkerang kowri(kowri atau cowrie ialah sejenis siput laut) pernah dijadikan mata wang yang meluas sebelum mata wang logam diperkenalkan ketika itu.

OBJEKTIF KAJIAN

Melalui kajian ini,kami dapat:

1.Menjelaskan sejarah Kesultanan Melayu Melaka.

      Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah Kesultanan Melayu tertua  dalam sejarah Malaysia.Beberapa buah kerajaan lain di Tanah Melayu telah wujud zaman pra-Islam lagi seperti kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Perak.Namun kajian terhadap kerajaan-kerajaan ini tidak begitu mendalam berbanding dengan Melaka kerana kekurangan rekod dan bukti.Dalam kajian sejarah terdahulu,pergerakan Parameswara sebelum mengasaskan Melaka bermula daripada Palembang,kemudian Temasik,seterusnya Muar dan akhir sekali barulah Melaka. Parameswara menamakan kawasan tersebut sebagai Melaka bersempena nama sebatang pohon bernama ‘Malaka’. Selepas itu Melaka berkembang dikenali sebagai pusat perdagangan yang termasyhur di dunia pada abad ke-15.

       Apabila membuka petempatan di Melaka,Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa.Namun,Negara China masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat.Justeru,sesebuah kerajaan dianggao beruntung sekiranya mendapat pengiktirafan daripada Maharaja China.Pada tahun 1405,utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke Negara China.Kedauatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan pemerintahannya (Parameswara) ditabalkan sebagai raja.Seterusnya pada tahun 1409,Laksamana Cheng Ho dari negara China telah menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja di samping sebuah prasasti kepada Parameswara.Melaka merupakan kerajaan pertama di Asia yang menerima penghormatan ini .Hubungan baik dengan Negara China dan pengiktirafan yang diberikan tersebut memberikan peluang kepada Melaka untuk mengukuhkan kedudukan dan prestijnya.Melaka juga mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dengan China.Oleh itu,Melaka terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit yang menjadi seteru pada ketika itu ekoran perlindungan daripada kerajaan China.Melalui pemahaman terhadap bentuk pemerintahan awal di Melaka ,kita dapat menggambarkan sistem pemerintahan pada hari ini yang masih diamalkan dalam sistem beraja negara.Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan awal di Melaka ialah raja atau ‘Yang di-Pertuan’.Melaka telah diperintah oleh 9 orang raja yang bergelar sultan.



     Kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan,ketenteraan,kawalan jajahan dan undang-undang.Melaka pernah menjadi pusat perdagangan dunia.Hal ini kerana,kedudukannya yang strategik dan menjadi pusat pertembungan  semua saudagar dari Timur dan Barat,misalnya dari negara China ,India Timur Tengah ,Asia Timur dan Kepulauan Melayu.Selain itu, kegiatan perdagangan yang pesat turut menggalakkan penyebaran agama Islam di Melaka dan Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam.Melaka juga berkembang sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak istana.


 2. Menghuraikan sejauh mana pengaruh kesultanan Melayu Melaka terhadap negeri Perak dan Pahang.

  Bagi negeri Perak, pengasas Kesultanan Perak adalah dari Kesultanan Melaka.Apabila Melaka diserang Portugis pada tahun 1511,Sultan Mahmud dan anakanda baginda,Sultan Ahmad telah berundur ke Johor dan bergerak ke beberapa buah tapak dalam usaha untuk merampas semula kota Melaka di samping mengelakkan diri daripada serangan balas oleh Portugis.Ketika di Bentan dan bersemayam di Kopak,Sultan Ahmad mangkat.Kemangkatan babginda menyebabkan Sultan Mahmud melantik puteranya,iaitu Raja Muzaffar dengan puteri Kelantan iaitu Puteri Onang Kening sebagai ‘Raja Muda’.Biarpun begitu,apabila isterinya Raja Fatimah pula melahirkan putera,kedudukan Raja Muzaffar ditarik balik dan Sultan Mahmud melantik pula putera baharnya Raja Ali sebagai ‘Sultan Muda’.Justeru ,apabila Sultan Mahmud mangkat pada tahun 1528 di Kampar.Raja Ali telah ditabalkan sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah.Raja Muzaffar yang berkecil hati dengan peristiwa ini,kemudiannya membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama bergelar Sultan Syah.

    Pada abad ke-16,keluarga pemerintah Perak berketurunan Sultan Mahmud Syah Melaka.Keluarga ini bertahan dalam kerajaan Perak sehinggalah abad-17 apabila keluarga baharu muncul dari Pahang dan memerintah Perak.Peralihan tampuk pemerintahan ini berlaku kerana campur tangan pemerintah Aceh,iaitu Sultan Iskandar Muda Thani.Pada zaman pemerintahan baginda di Aceh,Perak menjadi salah sebuah negeri yang tunduk di bawak kekuasaannya.Oleh itu,baginda telah melantik saudara sepupunya daripada keturunan Kesultanan Melaka –Pahang bernama Raja Sulong sebagai Sultan Perak yang baharu .Beliau digelar Sultan Muzaffar Syah II.Walaupun Raja Sulong dan keluarganya menjadi keluarga pemerintah baharu di Perak,sebenarnya keluarga ini turut mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melaka.




           Bagi negeri Pahang pula,pengasasan Kesultanan Pahang pada abad ke-15 juga bermula dari Kesultanan Melaka. Sulalatus Salatin semasa pemerintahan Melaka oleh Sultan Mansur Syah,putera baginda ,iaitu Raja Muhammad telah membunuh putera Bendahara,iaitu Tun Besar kerana pemain sepak raga dan  bolanya telah terkena destar baginda.Oleh itu,untuk membalas perbuatannya yang zalim,Sultan Mansur telah menitahkan Raja Muhammad dibuang dari Melaka dan dirajakan di Pahang.Maka,baginda menjadi SultanPahang yang pertama bergelar Sultan Muhammad Syah.Baginda kemudiannya mengahwini puteri Raja Kelantan  bernama Mengindera Puteri dan memperoleh 3 orang putera iaitu Raja Jamil,Raja Ahmad dan Raja Mahmud.Sehingga awal abad ke-17,keturunan baginda (Sultan Muhammad) yang menjadi pemerintah Pahang.Seterusnya,keturunan baginda yang memerintah Pahang berakhir pada tahun 1614 apabila Raja Muda Abdullah putera kepada Sultan Abdul Ghafur mangkat pada tahun tersebut.Implikasinya,takhta Pahang diambil alih oleh keluarga Kesultanan Melaka-Johor ,iaitu Raja Bujang.






        Pelantikan Raja Bujang telah memulakan dinasti baharu di Pahang,iaitu daripada jurai keturunan Kesultanan Melaka-Johor dan menamatkan pemerintahan keluarga keturunan Sultan Muhammad.Rombakan dan konflk berlaku sekali lagi apabila kerajaan Aceh menyerang Pahang pada tahun 1615 dan 1617 hingga menyebabkan wilayah  Pekan musnah,Hal ini kerana ,Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam tidak bersetuju dengan pelantikan Raja Bujang di Pahang(ketidakpuasan hati ini berlaku kerana Aceh sebenarnya tidak bersetuju dengan kerajaan Johor yang mengadakan pakatan dengan Belanda ).Oleh itu,Pahang duduk dibawah naungan Aceh dan Raja Bujang berundur ke Johor.Aceh pula menyerang Johor pada tahun 1623.Namun kali ini ,Sultan Iskandar Muda telah menabalkan Raja Bujang sebagai Sultan Johor yang digelar Sultan Abdul Jalil Syah  III sekaligus sebagai Sultan Pahang.Pelantikan Raja Bujang telah menamatkan kewujudan pemerintah sendiri bagi negeri Pahang kerana Raja Bujang kini menjadi raja bagi 2 buah negeri sekaligus,iaitu Johor dan Pahang.Kesudahannya,Dinasti Bendahara Johor di Pahang yang mengasaskan Kesultanan Pahang ialah Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad.Beliau menggunakan gelaran sultan mulai tahun 1882.Baginda hanya ditabalkan sebagai Sultan Pahang pada 12 Disember 1884 dengan gelaran Sultan Ahmad Al-Muazzam Syah dan kemudiannya diiktiraf oleh British pada tahun 1887.Dengan pengisytiharan rasmi penggunaan gelaran sultan ini, muncullah sebuah keluarga kesultanan baharu di Pahang yang kekal sehingga hari ini

BATASAN KAJIAN

Kajian ini dirangkumi dengan semua maklumat tentang pengasasan Kesultanan Melayu Melaka . Kami telah mencari maklumat  tentang bilakah berlakunya pengasasan Kesultanan Melayu Melaka di tanah Melayu.Selain itu, kami juga telah mengkaji tentang kesan serta pengaruh pengasasaan Kesultanan Melayu Melaka terhadap negeri-negeri terutama negeri Perak dan Pahang.Kajian kami hanya mengenai semua perkara tentang pengasasan Kesultanan Melayu Melaka dan tidak lebih daripada itu.

Monday, 28 September 2015

KEPENTINGAN KAJIAN

Diri :  Dapat memberi banyak pengalaman kepada diri daripada bahan-bahan kajian

Masyarakat : Masyarakat dapat mengetahui sejarah tentang kesultanan Melayu Melaka                dengan lebih terperinci  serta mengetahui maklumat tentang                                pengaruh  pengasasan Kesultanan Melayu Melaka terhadap negeri                          Pahang dan Perak.

Negara :  Negara mempunyai rakyat yang celik tentang sejarah di negara kita.